|
|
Syarikat kami ditubuhkan di California, tetapi misi kami adalah untuk memudahkan akses kepada maklumat untuk seluruh dunia dan dalam semua bahasa. Justeru itu, kami mempunyai pejabat di lebih 60 negara, menyenggara lebih 180 domain Internet dan menyediakan lebih daripada separuh hasil carian kami kepada orang yang tinggal di luar Amerika Syarikat. Kami menawarkan antara muka carian Google dalam lebih 130 bahasa, menawarkan keupayaan untuk mengehadkan hasil carian kepada kandungan yang ditulis dalam bahasa pencari sendiri dan menyasarkan untuk menyediakan aplikasi dan produk kami dalam seberapa banyak bahasa dan format dapat diakses yang mungkin. Menggunakan alat penterjemahan kami, orang ramai boleh menemui kandungan yang ditulis di negara lain dalam bahasa yang mereka tidak tuturi. Dengan alat ini dan bantuan penterjemah sukarelawan, kami telah dapat meningkatkan kepelbagaian dan kualiiti yang kami tawarkan dengan lebih baik biarpun di kawasan terpencil.
|