|
|
Salah satu cara penjenayah kadangkala gunakan untuk mendapat akses ke komputer anda ialah dengan mencari masalah keselamatan yang diketahui dalam perisian versi lama yang sedang dijalankan pada peranti anda. Mereka tahu bahawa ramai orang tidak selalu mengemas kini kepada versi terkini perisian dan program komputer mereka, yang mempunyai perlindungan keselamatan yang terbaik. Google juga mengetahui perkara ini, itulah sebabnya kami membina penyemak imbas Chrome untuk mengemas kini secara automatik kepada versi terbaharu setiap kali anda memulakannya, jadi anda boleh mendapatkan perlindungan keselamatan terkini tanpa sebarang kerja tambahan.
|