|
|
Sama seperti Google mencari di web untuk tapak yang mempunyai jawapan yang terbaik untuk soalan anda, kami juga mencari tapak yang kelihatan berbahaya kepada pengguna atau mengandungi perisian hasad. Setiap hari, kami mengenal pasti dan membenderakan lebih 10,000 tapak yang tidak selamat dan kami memaparkan amaran pada sebanyak 14 juta hasil Carian Google dan 300,000 muat turun, memberitahu pengguna kami bahawa mungkin ada sesuatu yang mencurigakan berlaku di sebalik tapak web atau pautan tertentu.
|