|
|
Memandangkan kata laluan anda begitu penting, anda harus fikir dengan teliti sebelum memutuskan untuk berkongsi dengan orang lain - walaupun rakan dan keluarga. Apabila anda berkongsi kata laluan anda, terdapat risiko lebih tinggi untuk seseorang boleh menyalahgunakan akaun anda dengan mengakses maklumat yang anda tidak mahu mereka lihat atau menggunakan akaun secara yang anda tidak benarkan. Contohnya, jika anda berkongsi kata laluan e-mel anda dengan seseorang, individu tersebut mungkin membaca e-mel peribadi anda, cuba menggunakan akaun e-mel anda untuk mengakses perkhidmatan dalam talian yang lain yang anda mungkin gunakan, seperti tapak perbankan atau sosial, atau menggunakan akaun anda untuk menyamar sebagai anda. Akhir sekali, apabila anda berkongsi kata laluan anda dengan seseorang, anda terpaksa mengharapkan mereka merahsiakannya; mereka mungkin berkongsi kata laluan itu dengan orang lain secara sengaja atau tidak sengaja.
|