|
|
Setelah anda telah membuat kata laluan untuk Akaun Google anda, kami menggalakkan anda menambah lapisan keselamatan tambahan dengan mendayakan pengesahan 2 langkah. Pengesahan 2 langkah memerlukan akses kepada telefon anda serta nama pengguna dan kata laluan anda, apabila anda log masuk. Ini bermakna, jika seseorang mencuri atau meneka kata laluan anda, bakal penyerang tersebut masih tidak dapat log masuk ke akaun anda kerana mereka tidak memiliki telefon anda. Kini anda boleh melindungi diri anda dengan sesuatu yang anda tahu (kata laluan anda) dan sesuatu yang anda miliki (telefon anda).
|