|
|
Komputer tidak "melihat" foto dan video dengan cara yang sama seperti manusia lakukan. Apabila anda melihat foto, anda mungkin melihat rakan karib anda berdiri di hadapan rumahnya. Dari perspektif komputer, imej yang sama hanyalah sekumpulan data yang boleh ditafsirkan sebagai bentuk dan maklumat mengenai nilai warna. Walaupun komputer tidak akan bertindak balas seperti anda apabila anda melihat gambar tersebut, komputer boleh dilatih untuk mengecam pola warna dan bentuk tertentu. Contohnya, komputer mungkin dilatih untuk mengecam pola bentuk dan warna biasa yang membentuk imej wajah digital. Proses ini dikenali sebagai pengesanan wajah dan merupakan teknologi yang membantu Google melindungi privasi anda pada perkhidmatan seperti Paparan Jalan, melibatkan komputer yang cuba mengesan dan kemudian mengaburkan wajah mana-mana orang yang mungkin berada di jalan raya tersebut semasa kereta Paparan Jalan lalu. Teknologi ini jugalah yang membantu perkhidmatan seperti foto Google+ yang mencadangkan anda menandakan nama foto atau video, kerana kelihatan seperti terdapatnya wajah. Pengesanan wajah tidak akan memberitahu anda pemilik wajah tersebut, tetapi boleh membantu anda mendapatkan wajah tersebut dalam foto anda.
|