|
Dengan asas keusahawanan yang kukuh dan berteraskan nila-nilai syarikat, HLB komited untuk sentiasa berada bersama komuniti di mana ia beroperasi bagi memenuhi keperluan para pelanggan. Di bawah teraju Hong Leong Financial Group, keupayaan Kumpulan untuk menggunakan kelebihan teknologi canggih bagi menyediakan rangkaian produk dan perkhidmatan kewangan konvensional dan Islamik yang menyeluruh di bawah satu bumbung menjadikannya sebuah organisasi perkhidmatan kewangan bersepadu yang terkemuka di Malaysia dan di rantau Asia.
|